Kategori

Tuesday 27 March 2012

Salah faham yg selalu di lakukan org ramai

Setelah 2 bln aku posting kat ONG department ade beberapa perkara yang telah aku belajar yg selama nie aku xtahu dan hanya percaya dengan cakap2 orang..Terutama cakap orang2 kampung..bukan nk hina org kampung tapi nie semua realiti berlaku di kampung aku..xtau la kmpg org lain mcm mana..Mari lah kita merungkai semua kesilapan tue..

Tengah menanti Dr.pakar
1) Perbezaan abortion dan miscarriage??

Apa yang kita tahu abortion bermaksud kita mengugurkan kandungan dengan berniat dan miscarriage plak keguguran yang tak di sengajakan dan berlaku secara spontan..Jangan la kita marah plak apabila doktor kata yang awak mengalami 'abortion'..dalam hati mesti cakap 'bodoh la doktor nie boleh plak cakap aku abortion padahal aku xgugurkan kandungan pn..' jgn salah faham kadang2 doktor menggunakan abortion coz it medical term but miscarriage bkn lah medical term..but its depends biasanya doktor akan menggunakan 'miscarriage' kerana menjaga sensitiviti pesakit..

2) Berlaku keguguran 

Selalunya kalau berlaku keguguran..mestilah perempuan yang selalu di persalahkan..Org kampung, jiran2 dan mak mertua mesti akan salahkan si isteri..mesti ramai yang akan berkata ' bini hang tue rahim lemah la, rahim rendah la, xpandai jaga kandungan la, mandul la', macam2 perkataan yang akan di keluarkan untuk mengambarkan seseorang tu.. tapi tahukah anda keguguran yang berlaku di awal kandungan 60-70% adalah di sebabkan ketidak normal kromosom. Dalam kata yang lebih senang  baby yang terbentuk tidak sempurna dan mengalami kecacatan sebab tu la tubuh badan kita bertindak balas dan terjadi lah keguguran. Kromosom xsempurna mungkin di sebabkan suami dan isteri..bukannya hanya isteri saja yang di persalah..jadi jgn lah kita senang2 membuat kesimpulan.



3) Anak perempuan

Kesilapan yang ketiga adalah anak perempuan..xde anak orang mengata, dah ade anak pun tapi asyik dapat anak perempuan je pun orang tetap mengata..Kebanyakkan orang kaya, berpangkat dan bangsa cina sangat gembira kalau ada anak lelaki..nie kerana anak lelaki lah yang boleh mewarisi pangkat dan harta yang mereka ada..selalunya si suami, mak mertua dan orang sekeliling akan berkata 'Kenapalah bini hang tue xdapat bagi  hang anak lelaki..' yg perempuan pn menangis teresak2 sbb rase bersalah dan rendah diri kerana xdapat tunaikan permintaan suami..dan lebih teruk terdapat mak mertua yang suruh anaknya kawen lain untuk dapat anak lelaki..Pada perempuan di luar sana, jgn lah anda salahkan diri anda apabila 10 orang anak anda semua nya adalah perempuan..Bak kata doktor pakar memerangkap ketua jabatan sakit puan yg mengajar aku berkata, xdapat anak lelaki adalah salah lelaki..memang ia bergantung kepada rezeki tapi mengikut saintifiknya perempuan hanya mempunyai kromosom xx dan lelaki pulak xy..Jadi tuk terjadinya anak lelaki mesti lah kena ada kromosom xy..So bergantung kepada suami lah untuk mendapat kromosom y tue..logik x?? so bersyukur la dgn apa yang ada..

petikan yg di ambil dari blog pakar sakit puan:

Seperti yang dinyatakan, benih lelaki akan menentukan jantina anak dan ini bergantung kepada benih mana yang bercantum dengan telur perempuan. Jika ia bercantum dengan benih Y hasilnya anak lelaki – hasil percantuman XY. Jika percantuman itu dengan benih X hasilnya ialah anak perempuan (XX).



4) Pil Perancang

Kesilapan yang keempat adalah penggunaan pil perancang..aku pn dah lama tertipu dengan benda nie sebenarnya. Dulu sebelum aku belajar medikal selalu aku dgr makcik2 kat kampung aku cakap, jangan makan pil perancang kalu xde anak lagi..ia boleh menyebabkan kan kemandulan. Macam2 cerita yang keluar, ada yang dah kawen 10 tahun xdapat anak sbb pernah amik pil perancang..Sebenarnya pil perancang nie bukanlah untuk mengelak dapat anak sahaja...ia juga di gunakan untuk membetulkan kitaran haid dan ia juga boleh mengelak dari kanser rahim, ovari dan kanser payudara..Ia juga di gunakan untuk merawat sakit 'endometriasis' (akan aku terangkan di entri yg lain pasal sakit nie)..Pil perancang nie hanya la pil hormon..pasal pil nie boleh menaikkan berat badan, sebenarnya ia terpulang pada individu tue sendiri...Kalau xmakan pil perancang kalau badan cepat naik, xsenaman dan xjaga pemakanan.. Badan tetap akan naik..Selalunya org akan salahkan pil perancang kerana xdapat mengandung tapi sebenarnya ia sendiri xtahu yang dia boleh mengandung atau tidak sebelum dia amik pil perancang.. So dapatkan nasihat doktor untuk penerangan lebih lanjut..

Antara pil perancang yg terbaru..


ok lah setakat nie je lah yg dapat aku kongsikan..harap2 ia berguna pada semua orang..

p/s:
1) Aku seolah membela kaum sendiri tapi ini semua kenyataan..Isu anak nie selalu di pertikaikan dan hanya perempuan yg di salahkan so aku cuba merungkai kesilapan ini..
2) Harap semua dapat membaca sampai habis walaupun entri nie sangat panjang..ia berguna untuk berkongsi ilmu..
3) Harap2 perkongsian aku nie tiada kesilapan, semua nie berdasarkan apa yang aku belajar..Kalau salah harap di maafkan dan dapat dibetulkan..

Sekian Dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~

4 comments: