Kategori

Friday, 13 January 2012

Nak jadi doktor..hati kena kering??


Dah seminggu xupdate blog..Lately agak sibuk sikit la..nie sumer gara2 my 'lovely' uni cepatkan tarikh exam..di sebabkan keputusan mereka yang  drastik tue hidup saya menjadi kucar kacir..sehingga xsempat nk menjenguh blog tersayang nie. Gambar nie di ambil semasa saya bersama kawan2 di dewan bedah atau pun lebih di kenali 'operation theater (OT)'..Nie minggu2 terakhir 'posting surgery for year 3'..cepat je mase berlalu...di minggu terakhir saya di 'deparment surgery' membuatkan saya mengimbau kenangan ketika saya 'posting surgery' pada tahun lepas di Hospital Raja perempuan Zainab II, di Kota Bharu, Kelantan..

Apa kena mengena tajuk entri kali nie 'Nak jadi doktor hati kena kering???'...sebelum saya memulakan entri lebih lanjut biarlah memulakan dengan mukadimahnya dahulu..Selalunya org berkata, nak jadi doktor hati kena kering dan kental..kalau tak macam mane nak bedah org..kalau takut darah macam mana nak merawat org..Tak boleh ade rase kasihan..kalau tak, mesti xsampai hati nak 'operate' tubuh badan pesakit?? Persoalannya skrg..adakah kah saya mampu 'keringkan hati saya'?? Sedangkan hati saya sentiasa tersentuh..ade beberapa kisah semasa saya 'posting' di Kota Baru yang membuat hati saya menangis...


Kisah 1

Saya hanya mengetahui pesakit ini di panggil dengan panggilan manjanya 'along'..pesakit yang masih muda nie hanya berumur 10 tahun. Dia lumpuh seluruh badan dan xboleh bercakap..Dalam hati saya berkata 'apakah penyakit yang di alami budak muda nie'..saya menyemak fail pesakit tersebut dan membaca satu persatu dengan penuh teliti..hati berasa sangat tersentuh dan berasa hiba..Rupa2 nya along dan keluarganya telah terlibat kemalangan jalan raya setahun yang lalu. Semua ahli keluarga along, mak, ayah dan adik along meninggal dunia setelah terlibat kemalangan tersebut. Hanya along lah satu2 nya yang terselamat daripada kemalangan tersebut..walaubagaimana pun keadaan along xsempurna seperti dulu lagi..Mungkin ada sebab kenapa along telah terselamat dari kemalangan tersebut..Mungkin ade hikmah di sebalik semua nie..hanya TUHAN yang lebih mengetahui...

sekadar gambar hiasan

Lebih malang lagi xde sesiapa yang ingin menjaga along..termasuk lah nenek along sendiri..Hati saya menangis lagi..namun ada insan yang terlalu baik iaitu seorang pembantu perubatan yang selalu datang melawat along..tukar baju along, mandi kan along dan beliau akan berbual dengan along setiap hari tanpa rase jemu..Saya sangkakan pembantu perubatan itu adalah bapa sedare along..rupa2nya beliau xde talian persaudaraan langsung dengan along..Hanya sedare sesame islam..'mulianya hati beliau'..Kini 2 tahun berlalu..bagaimanakah nasib along..??? apa yang saya tahu sebelum saya meninggalkan hospital Kota Baru..saya hanya mendengar khabar along tengah menanti rumah kebajikan untuk menjaga nya..Apa2 pn saya berdoa semoga along sihat dan hidup bahagia kini...AMIN..

Kisah 2

Sedang kami sibuk 'clerking patient'(menuramah pesakit)..tiba2 pakar bedah kanak2..Dr. M..memanggil kami..'Jom ikut saya, ade kes kecemasan'..saya meninggalkan segala barang2 saya dan berjalan dengan pantas mengikut Dr.M ke klinik pakar kanak2..Dari jauh saya melihat seorang bayi perempuan yang ususnya dan hati nya berada di luar..dalam bahasa saintifknya 'omphalocele'..Dr. M menerangkan kepada kami mengenai penyakit tersebut dan cara2 pembedahan yang akan beliau lakukan malam nnt..kami mendengarnya dengan sepenuh hati..
Lebih kurang mcm nie la keadaan bayi tue..

Kemudian Dr.M mengarahkan jururawat memanggil bapa kepada bayi tersebut. Melihat bapa bayi tersebut yang masih muda dan sebaya dengan saya..saya yakin nie adalah anak sulung beliau..(tepat jangkaan saya). Dr.M memulakan perbualan..'saya tahu awak sedih perkara nie berlaku kepada anak sulung awak, saya harap awak bersabar dan tenang..saya akan berusaha menolong kamu, namun saya harap kamu berdoa kepada Allah s.wt kerana dengan izin nya..Insyallah akan berjalan dengan lancar..kita sama2 berdoa..saya berdoa dan awak juga berdoa', kata Dr. M kepada bapa bayi tersebut..dia hanya mendiamkan diri dan mengangguk tanda setuju dengan Dr.M..namun mata beliau yang berkaca dan mula merah menunjukkan beliau sedang menyembunyikan perasaan sedih beliau..Hati saya rase sgt sayu..Namun dalam hati tetap same2 berdoa...AMIN..

Kisah 3

Kisah nie menceritakan tentang seorang pesakit yang berumur lebih kurang 15 tahun. Di mana dia terjatuh basikal tapi malangnya 'handle' basikalnya telah menusuk buah pinggangnya..menyebabkan buah pinggangnya tercedera. Sedang saya asyik saya menemuramah pesakit tibe2 saya terdengar tangisan yang sangat sayu..'ayah tlg la ayah sakit sangat2...'dia menangis dan menangis..ayahnya yang xtahu buat apa, ayahnya baca ayat2 suci al-quran di telingga nya..namun adik tadi terus menangis..saya hanya 'medical student' apalah yang saya dapat bantu tanpa doktor pakar..saya melihat dari jauh dgn penuh hati yang hiba..ayahnya cuba apa yang patut..berselawat, beristifar dan membaca surah Al- quran...kemudian datang pakar bius memberi ubat tahan sakit..baru la kesakitan adik tadi berkurangan..ALHAMDULLILAH..

Persoalanya mampukah aku keringkan hati ini seperti ini:


sedangkan hati saya sentiasa berbunga2 dan sentiasa tersentuh....



Sekian dari:

Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~


3 comments:

  1. haha i love the way u express it...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam...terima kasih juga kerana sudi membaca...:-)

    ReplyDelete