Entri kali nie..marilah kita berdoa kpd Yang Maha Esa..supaya kita semua sihat sejahtera..tak kiralah sape mereka..yang penting kita sama2 berdoa..Hal ini kerana saya sangat menderita dan berasa hiba apabila melihat seseorang yang menanggung kesakitan...Marilah saya kongsikan pengalaman saya untuk tatapan semua. Baru2 nie saya 'posting surgery department'..saya di wajibkan tuk melihat beberapa 'procedure' yang di lakukan kepada pesakit..
'Procedure' yang pertama
' Gastrointestinal Endoscopy' |
Prosedur ini di kenali sebagai 'gastrointestinal endoscopy', terlebih dahulu biarlah saya terangkan secara ringkas apakah prosedur yang di lakukan ini. Gastrointestinal endoskopi adalah prosedur yang memungkinkan spesialis pencernaan untuk melihat lapisan dalam saluran pencernaan. The endoskopi gastrointestinal menawarkan akses ke saluran pencernaan yang meliputi seluruh usus kecil, saluran empedu, usus, duodenum, perut, dan kerongkongan. Endoskopi saluran pencernaan membantu dalam mendiagnosis beberapa gangguan GI.
saya memerhati seorang pesakit yang kelihatan berusia lebih kurang 60 ke atas..sebelum doktor memasukkan tiub endoskospi yang di liputi kamera nie, pembantu perubatan atau jururawat telah memasukkan ubat bius supaya pesakit tidak merasa sakit. Namun apabila doktor memasukkan tiub tue, makcik tue mula terbatuk2 dan rase nak muntah. Saya faham perasaan makcik tue, kalau kita pn mesti memberi reaksi yang sama..masukkan jari yang kecil nie pn rase nak muntah..inikan pula, tiub yang panjang tue..Namun doktor menenangkan makcik tue dan mengarahkan makcik menarik nafas supaya senang tiub masuk ke dalam saluran percernaan..ALLAHAMDULILAH..makcik melakukan dengan yang baik..
'Procedure' yang kedua
'Colonoscopy' |
Prosedur yang kedua nie agak sama seperti prosedur yang pertama. Hanya tempat memasukkan tiub hanya berbeza.. 'Colonoscopy' adalah pemeriksaan dalaman usus besar dengan mengunakan peralatan yang di panggil 'colonoscope'. Saya melihat seorang remaja perempuan sedang menjalankan prosedur ini..Walaupun saya xdapat melihat wajah nya..namun saya tahu dia sedang menanggung kesakitan..saya hanya berdoa semoga dia cepat sembuh..AMIN..
'Procedure' yang ketiga
Bukan gambar sebenar, hanya sebagai contoh.. |
Prosedur ini pula di kenali sebagai 'burn dressing'. bermaksud cucian luka di sebabkan kejadian kebakaran..Tak bermaksud berlakukan kebakaran je tetapi apa sahaja yang menyebabkan kulit terbakar contonhya seperti kemalangan jalan raya.
Seorang pemuda yang mungkin berumur 30an datang untuk mencuci lukanya..saya dengan ramahnya menemurah pesakit tersebut..saya bertanya macam mana kulitnya terbakar..dengan malu tersipu2 beliau menceritakan kepada saya..sebulan yang lepas pesakit nie membakar sampah menggunakan minyak 'petrol'..konon2 nya nak cepat sampah terbakar tapi malang nya api tersebut telah menyambar kulitnya..Katanya sebelum ni dia selalu membakar menggunakan minyak petrol dan sempat lari..Tetapi kali nie nasib xmenyebelahinya...apa2 pun saya doakan abg akan cepat sembuh..Hanya satu pesanan untuk yang di luar sana..jgn lah bahayakan diri anda!!!
Akhir kata..apa2 pun kita kena berfikir positif..walau macam mana sakit pn 'procedure' yang di jalankan..itu semua untuk kebaikan pesakit..Doktor telah cuba sedaya upaye untuk membantu pesakit supaya cepat sembuh..Namun semua itu dengan izin Yang Maha Esa...Kita hanya mampu berusaha dan berdoa..Jagalah kesihatan kita supaya kita dapat kekalkan nikmat yang Tuhan berikan pada kita..AMIN..
BERDOALAH.. |
Sekian dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~
No comments:
Post a Comment