Kategori

Sunday, 22 January 2012

Jom berbasikal di Bukit Cerakah..

Sebelum memulakan entri kali nie..saya ingin mengucapkan selamat tahun baru cina pada semua yang menyambutnya...Pada sesiapa yang xbalik kampung tuk cuti raya cina nie dan xtahu mana tempat menarik tuk pergi..jom la kita pergi berbasikal di Bukit cerakah..Berbasikal bukan sahaja aktiviti yang sihat malah kite juga dapat melihat keindahan tempat2 di Bukit Cerakah yang terletak di Shah Alam nie....

Bukit Cerakah yang dulu di kenali sbg Taman Bukit cahaya nie semakin lama semakin dikenali..hal ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yg menarik dapat di lakukan di sana..Antaranya berbasikal, flying fox, camping, rumah 4 musim, paint ball dan macam2 lagi termasuk la aktiviti family day...



Harga sewa basikal hanyalah RM5/hour..tetapi xtahu la kalau harganya telah berubah...


Terdapat map untuk rujukan pengunjung supaya pengunjung lebih mudah tuk merujuk tempat yang ingin di tujui...


Apa lagi jom la jalan..kepada sesiapa yang mempunyai penyakit tidak di sarankan lah..walaupun berbasikal nie dapat membakar kalori dan menyihatkan badan tetapi sangat bahaya kepada yang mempunyai penyakit..tambahan pula jalan yang berbukit bukau...aduh!! sungguh xtipu..teramat letih tapi enjoy...


Ini antara tempat yang menarik iaitu Taman Kaktus..kalau xsalah la..hehehe xpasti...tempat nie sememangnya sangat cantik...



Terdapat juga tasik yang cantik...


Ini pulak Taman buah-buahan Tropikal...

Terdapat banyak lagi tempat yg menarik dapat di lawati...Dek kerana kami terlalu letih jadi ni sahaja lah tempat yang dapat lawati..


MORAL OF THE STORY:

1-Berbasikal dapat membakar kalori dan menyihatkan tubuh badan
2-Menikmati permandangan yg indah
3-Dapat upload gambar dlm FB..(hehehe)

sekian dari:

Syuhada Rahman a.k.a jendela Hati~

2 comments: