Kategori

Thursday, 29 March 2012

Cinta oh cinta..

CINTA??? Nie yg malas nie bila mood JIWANG dah sampai nie..apa2 pn nak update blog hari nie pasal cinta..Hari ini aku menjadi DR.CINTA..hahahaha *sendiri rasa loya*

Mungkin terpanggil tuk tulis pasal cinta nie, sbb ramai kawan aku yg tengah putus cinta skrg so hati nie rasa membuak2 nak citer pasal cinta nie..Cinta sepatutnya menjadi satu saat indah dan paling manis untuk setiap org tapi tak tahu kenapa kebanyakkan cinta menyebabkan kepedihan dan kesakitan kepada yg bercinta..Mungkin salahnya adalah org bercinta bukan cinta itu sendiri..Aku xfaham kenapa ada konsep tinggal dan meninggalkan dalam cinta..Kita tak perlu seseorang yang sempurna untuk mencintai dan  di cintai tapi cukup lah sekadar menerima seadanya..kerana tiada manusia yg sempurna dalam dunia nie...

Namun nasihat aku pada kawan2 yg tgh putus cinta kuatkan lah hati korang..mungkin tuhan telah menentukan yg lebih baik untuk korang..Nah dengar lagu nie untuk naikkan semangat..


'KINI AKU BANGKIT 
MEMBUKTIKAN YANG KU TAK SAKIT
DENGAN SEGALA YANG PERIT YANG KAU BERIKAN
KINI AKU PANTAS BERJALAN
BERGERAK KEHADAPAN
DAN AKAN MEMBUKTIKAN  SIAPA DIRIKU YANG SEBENAR
SEGALA KATA CACIAN YG TELAH ENGKAU BERIKAN 
MEMBUATKAN KU RASA KOSONG...KOSONG'

Dan berdoalah  semoga org yang buat korg terluka tue menyanyikan lagu nie sekarang nie..


'MENYESAL AKU PUTUSKAN KAMU
KERNA TERNYATA AKU TAK MAMPU
MENAHAN SIKSA AZAB CINTAMU
ADUH..ADUH MANA TAHAN BATINKU'

By the way, i hope my love will forever and forever..For my love, my HEART never change to love u even 8 years we are together..this song for u..TERUKIR DI BINTANG..


' SAYANGKU..JANGAN KAU PERSOALKAN 
SIAPA DI HATI KU
TERUKIR DI BINTANG 
TAK MUNGKIN HILANG
CINTAKU PADA MU'





P/S : 
1) Konfius nak celebrate anniversary kat mana??
2) Jgn putus asa dan patah hati bila putus cinta..cinta akan datang bila tiba masanya..

Sekian Dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~

Tuesday, 27 March 2012

Salah faham yg selalu di lakukan org ramai

Setelah 2 bln aku posting kat ONG department ade beberapa perkara yang telah aku belajar yg selama nie aku xtahu dan hanya percaya dengan cakap2 orang..Terutama cakap orang2 kampung..bukan nk hina org kampung tapi nie semua realiti berlaku di kampung aku..xtau la kmpg org lain mcm mana..Mari lah kita merungkai semua kesilapan tue..

Tengah menanti Dr.pakar
1) Perbezaan abortion dan miscarriage??

Apa yang kita tahu abortion bermaksud kita mengugurkan kandungan dengan berniat dan miscarriage plak keguguran yang tak di sengajakan dan berlaku secara spontan..Jangan la kita marah plak apabila doktor kata yang awak mengalami 'abortion'..dalam hati mesti cakap 'bodoh la doktor nie boleh plak cakap aku abortion padahal aku xgugurkan kandungan pn..' jgn salah faham kadang2 doktor menggunakan abortion coz it medical term but miscarriage bkn lah medical term..but its depends biasanya doktor akan menggunakan 'miscarriage' kerana menjaga sensitiviti pesakit..

2) Berlaku keguguran 

Selalunya kalau berlaku keguguran..mestilah perempuan yang selalu di persalahkan..Org kampung, jiran2 dan mak mertua mesti akan salahkan si isteri..mesti ramai yang akan berkata ' bini hang tue rahim lemah la, rahim rendah la, xpandai jaga kandungan la, mandul la', macam2 perkataan yang akan di keluarkan untuk mengambarkan seseorang tu.. tapi tahukah anda keguguran yang berlaku di awal kandungan 60-70% adalah di sebabkan ketidak normal kromosom. Dalam kata yang lebih senang  baby yang terbentuk tidak sempurna dan mengalami kecacatan sebab tu la tubuh badan kita bertindak balas dan terjadi lah keguguran. Kromosom xsempurna mungkin di sebabkan suami dan isteri..bukannya hanya isteri saja yang di persalah..jadi jgn lah kita senang2 membuat kesimpulan.



3) Anak perempuan

Kesilapan yang ketiga adalah anak perempuan..xde anak orang mengata, dah ade anak pun tapi asyik dapat anak perempuan je pun orang tetap mengata..Kebanyakkan orang kaya, berpangkat dan bangsa cina sangat gembira kalau ada anak lelaki..nie kerana anak lelaki lah yang boleh mewarisi pangkat dan harta yang mereka ada..selalunya si suami, mak mertua dan orang sekeliling akan berkata 'Kenapalah bini hang tue xdapat bagi  hang anak lelaki..' yg perempuan pn menangis teresak2 sbb rase bersalah dan rendah diri kerana xdapat tunaikan permintaan suami..dan lebih teruk terdapat mak mertua yang suruh anaknya kawen lain untuk dapat anak lelaki..Pada perempuan di luar sana, jgn lah anda salahkan diri anda apabila 10 orang anak anda semua nya adalah perempuan..Bak kata doktor pakar memerangkap ketua jabatan sakit puan yg mengajar aku berkata, xdapat anak lelaki adalah salah lelaki..memang ia bergantung kepada rezeki tapi mengikut saintifiknya perempuan hanya mempunyai kromosom xx dan lelaki pulak xy..Jadi tuk terjadinya anak lelaki mesti lah kena ada kromosom xy..So bergantung kepada suami lah untuk mendapat kromosom y tue..logik x?? so bersyukur la dgn apa yang ada..

petikan yg di ambil dari blog pakar sakit puan:

Seperti yang dinyatakan, benih lelaki akan menentukan jantina anak dan ini bergantung kepada benih mana yang bercantum dengan telur perempuan. Jika ia bercantum dengan benih Y hasilnya anak lelaki – hasil percantuman XY. Jika percantuman itu dengan benih X hasilnya ialah anak perempuan (XX).



4) Pil Perancang

Kesilapan yang keempat adalah penggunaan pil perancang..aku pn dah lama tertipu dengan benda nie sebenarnya. Dulu sebelum aku belajar medikal selalu aku dgr makcik2 kat kampung aku cakap, jangan makan pil perancang kalu xde anak lagi..ia boleh menyebabkan kan kemandulan. Macam2 cerita yang keluar, ada yang dah kawen 10 tahun xdapat anak sbb pernah amik pil perancang..Sebenarnya pil perancang nie bukanlah untuk mengelak dapat anak sahaja...ia juga di gunakan untuk membetulkan kitaran haid dan ia juga boleh mengelak dari kanser rahim, ovari dan kanser payudara..Ia juga di gunakan untuk merawat sakit 'endometriasis' (akan aku terangkan di entri yg lain pasal sakit nie)..Pil perancang nie hanya la pil hormon..pasal pil nie boleh menaikkan berat badan, sebenarnya ia terpulang pada individu tue sendiri...Kalau xmakan pil perancang kalau badan cepat naik, xsenaman dan xjaga pemakanan.. Badan tetap akan naik..Selalunya org akan salahkan pil perancang kerana xdapat mengandung tapi sebenarnya ia sendiri xtahu yang dia boleh mengandung atau tidak sebelum dia amik pil perancang.. So dapatkan nasihat doktor untuk penerangan lebih lanjut..

Antara pil perancang yg terbaru..


ok lah setakat nie je lah yg dapat aku kongsikan..harap2 ia berguna pada semua orang..

p/s:
1) Aku seolah membela kaum sendiri tapi ini semua kenyataan..Isu anak nie selalu di pertikaikan dan hanya perempuan yg di salahkan so aku cuba merungkai kesilapan ini..
2) Harap semua dapat membaca sampai habis walaupun entri nie sangat panjang..ia berguna untuk berkongsi ilmu..
3) Harap2 perkongsian aku nie tiada kesilapan, semua nie berdasarkan apa yang aku belajar..Kalau salah harap di maafkan dan dapat dibetulkan..

Sekian Dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~

Back to normal (citer 2 bln yg lalu)

Salam semua.. Yess!!! cuti seminggu, hidup kembali normal, dah lama menanti saat nie..aduh lamenye xupdate blog..nie semua gara2 kesibukan ketika posting di ONG department (wad bersalin)..Posting nie buat aku rase hidup aku xnormal..Walaupun xsesibuk doktor pakar tapi di sbbkn kesibukan doktor pakar la kami jadi macam nie..

Sesubuh gajah aku dah bangun dan selepas magrib baru balik..Dalam bahasa kampungnya ayam belum berkokok aku dah bangun dan ayam dah masuk reban pun aku masih di hospital..Sabtu n ahad?? sabtu ahad pun kat hospital..kadang2 sampai aku pun xingat hari dan tarikh..letih mmg letih..xboleh di gambarkan dgn kate2..balik umah je, letak kepala je terus tido tanpa sempat berangan2..Namun semua tue berbaloi kerana aku dapat menimba ilmu dan pengalaman..


Memang best posting kali nie..aku minat sgt pasal sakit puan nie mungkin sebab aku perempuan jadi minat tue jadi membuak2,dalam belajar tuk merawat org dlm masa yang sama  boleh belajar untuk tubuh badan sendiri.. Tapi aku dah pikir masak2 mgkin aku xkan jadi pakar sakit puan kerana sebab2 tersendiri. Namun aku xjanji la, mgkin satu hari nnt berubah pikiran plak..

Sepanjang dua bulan nie, macam2 aku belajar..Dapat tgk live org bersalin dan dapat rase sekali keperitan dan kepayahan nak bersalin..selain tue belajar scan baby..macam mana nak kenali baby lelaki dan baby perempuan..seronok sgt..selain tue dapat belajar dan tgk org yg bersalin secara pembedahan atau di kenali C-section..Dari situ aku dapat belajar the nature way is better than others..Maksudnya, walaupun bersalin secara normal tue sakit dan perit but its back to normal..walaupun bedah tue xsakit kita boleh mendapat macam2 komplikasi..Tapi kalau pembedahan adalah jalan terbaik kerana keadaan tertentu..mgkin itu yg terbaik..
bersalin secara normal dan pembedahan

Selain tue kat department nie la aku kena marah kaw2 dgn doktor pakar bius..walaupun kesalahan nya adalah kecil je..tapi xpe aku xamik hati pun, berfikir positif tuk kebaikan diri sendiri..Siap boleh gelak2 dgn kawan2 bila citer balik aku kena marah teruk dgn doktor pakar..padahal dalam hati 'terluka'..hehehe *terluka lah sgt*..

Tapi semua keletihan dan kepenatan yang aku alami nie rasa sangat2 berbaloi bila mase exam, examiner Dr. pakar dari luar bersalam dan berkata 'congrats u did well'..rase semua kepenatan tue telah di bayar..Alhamdullilah harap2 semua berjalan lancar..Amin



P/S
1) Seronok nya hidup kembali normal
2) Xsabar nak posting paedetric ward (Wad kanak2)..
3) Lastly thanx a lot to all Dr. pakar yg sudi mengajar kami..sgt menghargai..
4) Bila start menulis mesti xboleh berhenti...
5) kalu ade kesempatan aku akn tulis beberapa citer yang menarik telah berlaku di wad bersalin dgn lebih detail..

Sekian Dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~