Kategori

Wednesday 1 February 2012

Salah ke doktor beritahu KEBENARAN???




Yeah..yeah..yeah..Dah 'third posting'.. dan skrg saya posting kat ONG department (Wad bersalin)..Kejap je dah 3 posting..xterasa pn..Apa yang kita akan terfikir bila masuk wad bersalin nie..??mesti la kita akan pikir pasal baby dan ibu mengandung btl x?? Dan kita tahu department nie mesti la berkaitan dgn perempuan..


Bila teringat ibu mengandung nie saya teringatlah satu peristiwa yang dah lama berlaku, mungkin dah 5 tahun yg lepas semasa saya praktikal diploma..Bukan la niat saya untuk mengaibkan sape2 tapi sekadar berkongsi untuk dijadikan pengajaran..bak kata pepatah 'yang baik jadikan teladan dan yang jahat tue jadikan sempadan'..


Begini la kisahnya..seorang gadis di temani maknya datang ke hospital kerana anak gadisnya itu mengadu sakit perut dalam beberapa hari yang lalu..Anak gadis tue nampak sangat manis dengan bertutup litup dengan tuduh labuh dan baju kurung nya..
Bknlah bertutup bergini..nie gambar mse stress bila nak exam..


Setelah selesai doktor mengambil semua keterangan pesakit tersebut..doktor mengarah kami untuk melakukan UPT (urine pregnancy test) sementara pesakit dan ibunya menunggu di luar..walaupun pesakit belum kawen, ini adalah satu prosedur yang perlu di lakukan..Tanpa di duga keputusan UPT tue positive..

Dalam perjalanan nak hantar keputusan ke doktor..Makcik tadi bertanya kpd kawan saya 'dik macam mana dgn anak saya', kata makcik itu kpd kawan saya..Kesilapan di lakukan kawan saya apabila memberitahu keputusan tersebut..sepatutnya doktor yang merawat hanya boleh memberitahu sebarang keputusan..Tapi kawan saya memberitahu 'anak makcik PREGNANT..', kata kawan saya kpd makcik tadi..mgkin bkn salah kawan saya juga, dia fikir itu adalah berita gembira xtahu plak berita tu membuatkan makcik tu mengamuk..Dengan muka merah dan bahasa utaranya, makcik tue pn menjerit dan berkata, 'hang nie gila ka apa, anak makcik nie belum kawen, takkan mengandung..!!Dia nak pandang lelaki pn tak berani, nie kan plak nak buat yang bukan2..Dia anak yang baik'..!!!

Keadaan menjadi kecoh sementara..kemudian datanglah pegawai atasan tenangkan makcik tue..kerana kecoh doktor meminta untuk mengulangi ujian tersebut..takut tersalah pesakit..kali nie pegawai itu lakukan sendiri..Dah mmg betul keputusannya POSITIF..xsalah lagi, itu kenyataan bkn nya kesilapan..dan pegawai tersebut memberi keputusan kepada doktor dan hanya berkata satu ayat kepada makcik tersebut 'apa2 sila bertanya pada doktor' dan berlalu pergi.

2lines mean positif

Di dalam bilik doktor kedengaran kekecohan, namun tidak lah tahu apa yang di bincangkan kerana kami tidak dibenarkan masuk kerana pesakit nak privacy..Namun persoalannya di sini..siapakah yang bersalah dalam semua kekecohan ini..??




1- Adakah doktor yang bersalah kerana memberitahu kebenaran??
2-Adakah  kawan saya yang bersalah kerana memberitahu keputusann??
3- Adakah UPT yang bersalah kerana positive???


MORAL OF THE STORY:

Marilah kita sama2 berfikir dan renung2kan..Kadang kala kita xboleh tafsir kebaikan seseorang tu hanya pada luaran..Apa saja boleh berlaku kerana tiada manusia yang sempurna dan jangan lah salahkan orang lain apabila kesilapan tue datang dari sendiri..Kita manusia biasa dan tak terlepas dari buat kesilapan..

Sekian Dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela Hati~

2 comments: