Kategori

Monday 28 November 2011

Stroke bukan serangan jantung!!


Entri kali ini, saya berminat untuk bercerita mengenai stroke..Ramai yang dah tahu dan mendengar mengenai stroke tapi ramai juga yang salah faham.. Topik strok adalah topik yang besar, di sini saya ringkaskan untuk senang di fahami...mari rajinkan diri membaca seterusnya..


Disebabkan kurang kefahaman, ada yang menyangka strok adalah serangan jantung. Namun strok ialah serangan otak akibat berkurangan oksigen ke otak. masalah ini disebabkan saluran darah yang tersumbat, sempit atau pembuluh darah pecah. kebanyakkan kes berlaku di kalangan yang berusia 65 tahun. Bagaimanapun, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira usia, termasuk kanak-kanak.


Antara gejala strok ialah terjadi secara tiba2, pesakit terasa kebas sebelah badan samada di kaki ataupun tangan, butir percakapan yang kurang di fahami dan sakit kepla yang teruk mahun pening secara mendadak. Pesakit juga mengalami muntah2 dan tidak keseimbangan/stabil ketika jalan serta nampak keliru.


Strok dibahagikan kepda dua jenis, 'stroke ischemic' dan 'stroke haemoragic'. 'stroke ischemic'  bermakna bekalan oksigen berkurangan kebahgian badan. Kes biasa strok di sebabkan darah beku dalm arteri yang menghalang aliran darah.




'Stroke haemoragic' pula dikenali pendarahan. arteri yang rosak atau lemah boleh pecah dan berlaku pendarahan.


Ada serangan seakan-akan strok tetapi hanya seketika dan pulih semula, yang di panggil Trancient Ischemic Attack (TIA) atau mini strok. jika mengalami TIA, bermakna pesakit dalam bahaya. Jika diserang sekali dalam seminggu , kemungkinan untuk TIA menyerang lagi ialah 20%.




Setiap individu perlu mengetahui kesihatan sendiri. Beberapa penyakit adalah faktor faktor berisiko. Sebaik-baiknya mereka menjalani pemeriksaan diabetes, darah tinggi dan kolesterol kerana ia adalah punca utama strok. Selain itu, cegah pertambahan berat badan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Amalkan juga hidup sihat dengan bersenam dan berhenti merokok. Lelaki yang berusia 45 tahun yang jarang bersenam, merokok berkerja dalam keadaan stres sertsa mempunyai ahli keluarga yang di serang strok berisiko tinggi untuk diserang strok.




JOM AMALKAN HIDUP SIHAT..<3 <3 






sekian daripada Jendela hati a.k.a Syuhada Rahman..

No comments:

Post a Comment