sukarnya nak membuat satu keputusan..
Takut tersilap buat keputusan dan menyalahkan diri sendiri..
sejak aku membuat keputusan itu
aku menjadi takut, risau dan keliru..
aku takut pisang berbuah 2 kali..
Namun dengan kepercayaan pada qada dan qadar
Percaya pada kuasa Allah S.W.T
membuat aku menjadi kuat dan yakin..
kadang2 kita merintih kenapa kita di uji dan kenapa kita insan tepilih untuk lalui ujian ini
namun kita xsedar yang ramai di luar sana yang di duga
dgn ujian yg lebih besar dari yang kita lalui
Ya Allah semoga keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang betul dan tepat
aku hanya berserah kepadaMU..
Biarlah hanya Tuhan, aku dan dia mengerti kepedihan sedang di hadapi..
semoga kehidupan yang di lalui akn di redhai..AMIN..
Firman Allah,
“mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.”
Dan apabila takdir itu datang dalam bentuk nikmat maka bersykurlah, jika ia datang dalam bentuk musibah, maka kita digalakkan bersabar, kerna jika kita tak bersabar takdir itu tetap akan berlaku, namun bagi mereka yang bersabar dan bertawakal kepada Allah, maka Allah memberikannya ganjaran pahala.
Manusia yang ikhlas sebagai hamba, akan sentiada ikhlas dalam menghadapi ujian dari Allah, kerana mereka percaya bahwa Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Mengetahui…
Allah telah berfiman,
“dan apabila Kami berikan sesuatu nikmat kepada manusia, nescaya mereka gembira. Tetapi ketika mereka ditimpa sesuatu musibah atas kesilapan mereka sendiri. Maka pada ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
- diantara rukum iman ialah percaya kepada qada dan qadar, iaitu bermakna percaya kepada takdir
- hidup ni secara fitrah dilalui dengan selang seli antara suka-duka, berjaya dan gagal semata-mata sebagai ujian kepada manusia sebagaimana firman Allah,
“adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”
Dan adalah menjadi fitrah manusia menyukai akan kebaikan dan membenci akan kesedihan..takut akan ujian dalam bentuk musibah..namun kita patut percaya ujian yang dibri Allah sama ada dalam bentuk apapun mempunyai hikmah yang tersendiri.
p/s
1 ) di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam takziah kepada 2 org kwn saya yg telah di timpa musibah, sorg baru saja kehilangan suami selepas berkahwin 3 bulan dan seorang lagi yang baru kehilangan ibu tercinta sebelum menyambut hari raya..semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini..
2) bergembira dengan sederhana..dikala kita bergembira masih ada insan yang berduka..
sekian dari:
Syuhada Rahman a.k.a Jendela hati~
No comments:
Post a Comment