Kategori

Thursday, 30 August 2012

satu keputusan~



sukarnya nak membuat satu keputusan..
Takut tersilap buat keputusan dan menyalahkan diri sendiri..
sejak aku membuat keputusan itu
aku menjadi takut, risau dan keliru..
aku takut pisang berbuah 2 kali..

Namun dengan kepercayaan pada qada dan qadar
Percaya pada kuasa Allah S.W.T
membuat aku menjadi kuat dan yakin..

kadang2 kita merintih kenapa kita di uji dan kenapa kita insan tepilih untuk lalui ujian ini
namun kita xsedar yang ramai di luar sana yang di duga
dgn ujian yg lebih besar dari yang kita lalui


Ya Allah semoga keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang betul dan tepat
aku hanya berserah kepadaMU..
Biarlah hanya Tuhan, aku dan dia mengerti kepedihan sedang di hadapi..
semoga kehidupan yang di lalui akn di redhai..AMIN..




Firman Allah,


“mungkin kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.”

Dan apabila takdir itu datang dalam bentuk nikmat maka bersykurlah, jika ia datang dalam bentuk musibah, maka kita digalakkan bersabar, kerna jika kita tak bersabar takdir itu tetap akan berlaku, namun bagi mereka yang bersabar dan bertawakal kepada Allah, maka Allah memberikannya ganjaran pahala.

Manusia yang ikhlas sebagai hamba, akan sentiada ikhlas dalam menghadapi ujian dari Allah, kerana mereka percaya bahwa Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Mengetahui…




Allah telah berfiman,

“dan apabila Kami berikan sesuatu nikmat kepada manusia, nescaya mereka gembira. Tetapi ketika mereka ditimpa sesuatu musibah atas kesilapan mereka sendiri. Maka pada ketika itu mereka terdiam berputus asa.”

-          diantara rukum iman ialah percaya kepada qada dan qadar, iaitu bermakna percaya kepada takdir
-          hidup ni secara fitrah dilalui dengan selang seli antara suka-duka, berjaya dan gagal semata-mata sebagai ujian kepada manusia sebagaimana firman Allah,

“adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”

Dan adalah menjadi fitrah manusia menyukai akan kebaikan dan membenci akan kesedihan..takut akan ujian dalam bentuk musibah..namun kita patut percaya ujian yang dibri Allah sama ada dalam bentuk apapun mempunyai hikmah yang tersendiri.





p/s
1 ) di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam takziah kepada 2 org kwn saya yg telah di timpa musibah, sorg baru saja kehilangan suami selepas berkahwin 3 bulan dan seorang lagi yang baru kehilangan ibu tercinta sebelum menyambut hari raya..semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini..

2) bergembira dengan sederhana..dikala kita bergembira masih ada insan yang berduka..

sekian dari:

Syuhada Rahman a.k.a Jendela hati~

Wednesday, 29 August 2012

Counting to be year 4


Assalamualikum dan hai semua..Sebelum tue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya..Mintak maaf la kalu ade salah dan silap selama hari ini..Begitu lamenye x menulis blog sampai ramai follower aku yang dah lari..tapi xpe..bkn nk pksa org baca pn..tulis untuk keseronokan diri sendiri je..i bkn artis okey..hehe~

Sekejap je masa berlalu..tanpa kita sedari masa berlalu dengan pantas..ye saya sedang mengira hari2 untuk bergelar year 4..lbh dasyat lagi sedang mengira bila nak habis belajar..jeles tgk kwn2 yg dh berkerjaya..memiliki rumah, kereta dan anak berderet2..Baju semua cantik2 u oalls..org bergaji katakan..nak apa semua boleh..hehehe..

Tanpa aku sedari dah setahun masuk clinical year..Rase mcm baru je smlm angkat sumpah untuk masuk MBBS..Jom layan gambar2 mengamit kenangan sepanjang bergelar tahun ketiga pelajar perubatan (sungguh skema ayat aku)..

kenangan di Hospital Raja perempuan zainab ii, di kota bharu


nie la gambar terakhir yg diambil bersama kwn2 bms bersama Dato' Hasyim ( senior surgeon di HRPZ ii).. sgt sedih sbb hanya 8 org yang sambung mbbs..yang lain membawa haluan masing2..ada yang dah kerja dan ada jugak yang sambung master..apa2 pun tahniah dan semoga berjaya dengan pilihan masing2..rindu korang semua..

1) ini lah permulaan kami..oath taking to enter MBBS



kami semua bajet model~


sungguh sopan nya kami mase oath taking..hehehe

2) Posting pertama di medical department



bersama2 kawan baru yang di kenali...Gembira tak?? sangat gembira..ye saya nampak dr Tarek dlm gambar nie..kenangan bersama beliau yg sempat mengajar kami selama 3 bulan..

3) posting kedua surgery department
 
gambar nie la yang paling menjadi fav..bukan apa semua muka2 skema to be doctor..hehehe 

kenangan di bilik pembedahan..xde kerje bergambar je la..hehe

4) Kenangan posting yg ke-3 ONG department


xbanyak gambar semasa posting ini sbb terlalu sibuk..gambar nie di ambil ketika menunggu dr Pakar..


bilik nie lah yg menjadi tempat berehat kami sepanjang berada di ong department..

5) kenangan posting di paediatric department


Nie je la satu2 gambar yang ada mase posting paed..rasa rugi plak tak bergambar dengan kanak2 comel..xpe year4 ade lagi..hehehe

6) Kenangan2 posting primary care


lawatan ke rumah dementia..mengenali semua pesakit dementia dan mengetahui aktiviti harian mereka untuk menguatkan memori mereka kembali..


kenangan bersama rumah kebajikan..hahaha teringat makcik yang rajin 'berkarok'..semoga dengan kehadiran kami mereka sedikit terhibur...

nampak tak muka yang sangat rajin membantu ppk packing ubat..hehehe...

7) last posting psychiatric department

Hari2 terakhir di wad psychiatric..kenangan yang sgt seronok walaupun posting yg sgt singkat..

kenangan bersama DR.M yang telah selamat berangkat ke negara asal beliau di India..Thank you so much Dr kerana sudi mengajar kami tanpa jemu...

8) celebration last exam for year 3





walaupun ramai yg xdapat dtg ttp gembira..ini kerana last exam yang terlalu lama sbb tue ramai yg xdapat dtg..pukul 8 pg-5 ptg..thanks semua kawan2 kerana meninggalkan seribu kenangan sepanjang year 3..Harap2 year 4 nnt kita dapat satu group lagi..love u all and you all de best...!!


p/s: 1) bertapa sukarnya nak masuk year4 and bertapa susahnya untuk bergelar seorang doktor..penat lelah dan sentiasa berdebar2 tiap kali menunggu keputusan exam keluar..

2) alhamdullilah saya lulus semua exam untuk semua department for years 3 tapi keputusan sgt kurang memuaskan..perlu berusaha lagi untuk meningkatkan prestasi..

3) saya mendoakan semua kawan saya yang ambil exam semasa elective posting lulus dengan cemerlang. kamu semua hebat dan pasti boleh buat..We waiting you all to join us in year 4..


sekian dari:
syuhada rahman a.k.a Jendela hati~