Kategori

Monday, 20 February 2012

Terasa bodoh bila aku tanya pesakit soalan xsepatutnya..

Hari nie aku rasa bersalah sgt pada seorang patient dan suaminya..inilah akibatnya bila kepala ting tong..Tengah cari2 case untuk present kat doktor pakar esk, aku terlihat sepasang suami dan isteri tgh berbual2..Isteri nampak sangat letih dan agak pucat..kelihatan perutnya yang agak besar so aku anggap yg patient nie mengandung so aku pn check fail pesakit tersebut untuk melihat apa yg menyebabkan pesakit tersebut masuk ke hospital..
ting tong~


Bila aku baca terasa seperti ada yang xkena kerana pesakit tersebut mengandung 24 minggu lebih kurang 6bln tapi dah bersalin dan perutnya nampak kelihatan seperti mengandung lagi..aku baca beberapa kali fail tersebut kerana agak mustahil baby dapat survive apabila lahir 6bln..banyak lagi organ yg xberapa lengkap..dan tertulis di situ juga yang baby nya di tempatkan di 6c (apa tempat nie?)..aku xtahu mana tempat tue..Oleh kerana malas nak meneka aku pun tanya si suami tue kerana isterinya kelihatan terlalu lemah..

Aku: Maaf encik menganggu..isteri Encik dah bersalin ker??
Suami pesakit: dah
Aku: tapi mana baby, diorang bawak kemana?? (soklan bodoh aku)
Suami pesakit: seakan2 terkejut dgn soalan aku dan menjawab baby dah kembali kerahmatullah..(dgn senyuman yg pahit)
Aku: Terkejut dan beristifar..dengan pantas, maafkan saya ye abg, saya ingat baby abg di bawa ke tempat lain dan di letakkan dalam incubator..dalam laporan mengatakan baby di bawa 6c.
suami pesakit: Tak ada ape, baby hanya sempat hidup sekejap jer..kemudian dia kembali kerahmatullah..
Aku: mintak maaf banyak2 yer..tiba2 rasa nak menangis kerana aku terasa seperti menguris hati org..


sedih la~

p/s :


  1. Kepada pesakit dan suaminya aku memohon maaf kerana tersalah bertanya dan menguris perasaan anda berdua..
  2. Sampai skrg rasa bersalah dan menyesal dgn perbuatan sendiri..
  3. Nasib abg tue baik, kalau tak aku dah kena penampar laju2 sbb tanya soklan xsepatutnya..


Sekian Dari: Syuhada Rahman a.k.a Jendela hati ~

9 comments:

  1. ish3..mmg tragis....nasib baik tak kene tampar laju2...takper2...pengajaran tu penting dlm kehidupan... tu semua menjadi kn kite lebih sempurna di masa akan datang, insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. eye la..nasib xkena tampar..kalu menangis xberlagu la..apa2 pn thanks for advise...

    ReplyDelete
  3. rilex kak syu.. all is well... haha

    ReplyDelete
  4. kesiannya pasangan suami isteri ni..:( nasib baik dorg xmarah. hehe.

    ReplyDelete
  5. Ajal maut Allah yang tentukan.

    ReplyDelete
  6. Thank You and that i have a keen offer: Who Does Renovations old house restoration

    ReplyDelete